Sekatan berbayar

Penyekatan berbayar (Bahasa Inggeris: paywall) adalah suatu cara menghalang pengaksesan kandungan sebebasnya melainkan dengan pembelian atau langganan berbayar terus kepada penerbit kandungan berkenaan. Ia amat lazim kebelakangan ini oleh syarikat-syarikat penerbitan surat khabar tertentu (seperti The Times dan Berita Harian Singapura) di laman web mereka sebagai cara meningkatkan pendapatan yang menyusut berikutan menurunnya pendapatan daripada langganan cetakan serta pendapatan wang hasil pengiklanan luar dan dalam talian (sebahagiannya disebabkan oleh penggunaan penyekat iklan) selama bertahun-tahun.[1] Terbitan-terbitan penyelidikan sering tertakluk kepada kaedah begini agar ia hanya boleh didapati melalui perpustakaan akademik yang melanggan kepada pihak penyedia kandungan sedemikian.[2][3]Konsep penyekatan ini mula dipelopori The Wall Street Journal pada tahun 1996 dengan suatu penyekatan "keras" dikenakan;[4] pendekatan ini tidak menjejaskan lingkungan pembacaan mereka secara meluas, malah ia sedikit sebanyak membantu akhbar tersebut memperolehi lebih daripada satu juta orang pelanggan menjelang pertengahan tahun 2007,[5] serta 15 juta orang pelawat pada Mac tahun berikutnya.[6]

Rujukan

WikiPedia: Sekatan berbayar http://www.mondaynote.com/2011/06/05/analyzing-the... http://www.portfolio.com/views/blogs/mixed-media/2... http://incubator.rockefeller.edu/skirting-around-p... http://repository.upenn.edu/cgi/viewcontent.cgi?ar... http://www.iimas.unam.mx/biblio/contenidoEstatico/... //doi.org/10.1080%2F1461670X.2015.1027788 //doi.org/10.1080%2F21670811.2013.813214 //doi.org/10.1080%2F21670811.2013.865967 //doi.org/10.1177%2F1464884910379707 http://ijoc.org/index.php/ijoc/article/viewFile/50...